Pages

LFC

LFC

Friday 7 December 2012

EUROPA CHAMPION LEAGUE : UDINESE 0-1 LIVERPOOL

   Perlawanan terakhir Liverpool dalam peringkat kumpulan menentang Udinese,dengan misi mesti menang untuk membolehkan mereka layak ke peringkat seterusnya.The Reds tidak menurunkan beberapa pemain utama seperti Steven Gerrard yag mengalami masalah kesihatan dan Agger yang mungkin di rehatkan untuk perlawanan BPL ahad ini menentang West Ham.

   Luis Suarez di turunkan kerana beliau di gantung 1 perlawanan untuk saingan BPL selepas mengumpul 5 kad kuning.Pada seawal minit ke 11,Nuri Sahin terpaksa dikeluarkan kerana mengalami pendarahan hidung selepas di kasari oleh pihak lawan dan tempatnya di gantikan oleh Jonjo Shelvey.

   Minit ke 23,Jordan Henderson berjaya menjaringkan gol pembukaan perlawanan selepas menerima bola dari Suso dan dengan mudah beliau merembat masuk bola ke gawang lawan kira-kira dalam jarak 10meter dari pintu gol.Tersentak dengan gol itu,Udinese berusaha mencari gol penyamaan dengan membuat beberapa percubaan tetapi gagal membolosi gawang Liverpool yang di kawal oleh Pepe Reina.Sebelum tamat sepearuh masa pertama,Suarez telah membuat percubaan cantik dengan sepakan akrobatiknya tetapi berjaya di tepis keluar oleh penjaga gol Udinese.

   Separuh masa kedua bermula,kedua-dua pihak cuba mencari gol dengan menggandakan serangan dan Henderson mempunyai peluang untuk menjaringkan gol tetapi di nafikan oleh penjaga gol lawan.Penjaga gol tuan rumah sekali lagi menjadi wira apabila menepis keluar bola secara spontan hasil percubaan jarak dekat oleh Suarez selepas Suarez membuat gerakan solo yang menarik untuk menewaskan 2 pemain pertahanan tuan rumah.Rahim Sterling di masukkan menggantikan Suso yang tidak menyerlah pada perlawanan ini.Minit ke 79,Pasquale pemain pertahanan Udinese di layangkan kad merah selepas mengutip kad kuning kedua kerana mengasari Rahim Sterling.Udinese hampir menyamakan kedudukan sebelum tamat permainan tetapi bola yang di rembat oleh Di Natale hanya melepasi sedikit palang gol.Tamat permainan,Udinese 0-1 Liverpool.The Reds berjaya melangkah ke peringkat seterusnya.

PEPE REINA - Masih berada di tahap baik dan beliau perlu membuktikan  yang beliau masih di perlukan di Anfield.
CARRAGHER - Menjadi kapten selepas Gerrard tidak diturunkan.Seperti biasa,Carra lebih gemar bermain secara hantar kepada Reina dan kadang-kadang membahayakan keadaan.
SKRTEL - Bermain baik bergandingan dengan Carragher untuk mengekang asakan pihak lawan.
JOHNSON - Kawalan bola yang baik dan bermain secar bertahan serta menyerang dengan baik.
ENRIQUE - Bermain di bahagian asalnya tapi masih boleh membuat serangan dan asakan kepada pihak lawan.
ALLEN - Masih membuat hantaran dengan tepat tetapi mengalami masalah apabila hendak mencuri bola dari pihak lawan kerana fizikal yang kecil menyebabkan beliau tidak mampu membuatbody contact dengan baik.
SAHIN - Cedera dan di keluarkan di awal permainan.
HENDERSON - Menjaringkan gol kemenangan dan permainan yang bertenaga di pamerkan.
DOWNING - Permainan yang biasa-biasa yang di tunjukkan tetapi berjaya membuat beberapa gerakan menarik dan mencipta beberapa peluang gol.
SUSO - Pemain muda yang mempunyai kualiti permainan yang sangat baik tetapi untuk perlawan ini,beliau seperti tiada kualiti yang biasa di pamerkan dan kerap membuat kesilapan.
SUAREZ - Seperti biasa kualiti permainan yang sangat baik dengan gerakan-gerakan yang cantik dan telah membuat beberapa percubaan yang bahaya tetapi gagal menjaringkan gol.
SHELVEY - Pertahanan dan menyerang,corak permainan yang bertenaga di pamerkan.Di masukkan menggantikan Sahin di awal permainan.
STERLING - Permainan yang biasa di pamerkan.Menggantikan Suso selepas Suso bermain sangat tidak memuaskan.

Group A Table

No comments:

Post a Comment