Pages

LFC

LFC

Monday 10 December 2012

BPL : WEST HAM UNITED 2-3 LIVERPOOL FC

WEST HAM UNITED VS LIVERPOOL FC
   Liverpool telah bertandang ke tempat lawan untuk kembali bersaing dalam BPL selepas menang dan layak ke peringkat kalah mati di dalam saingan ECL.West Ham juga ingin mengekalkan rekod kemenangan selepas minggu lalu menang 3-1 ke atas Chelsea.

   Pada separuh masa pertama bermula,The Reds yang serba hitam untuk perlawanan ini telah membuat beberapa serangan awal dan hasilnya,minit ke 10 rembatan kaki kanan Glen Johnson dari luar kotak penalti telah berjaya menewaskan pemain pertahanan dan penjaga gol West Ham United(WHU).Selepas gol pembukaan,Liverpool seperti berpuas hati dan bermain secara bertahan malah diberi tekanan oleh tuan rumah yang ingin mencari gol penyamaan.Pada minit ke 36,WHU berjaya mendapatkan sepakan penalti setelah bola rembatan dari pemain tuan rumah terkena tangan Joe Allen dan Noble dengan mudah menjaringkan gol dari sepakan penalti.Steven Gerrard menambah derita pasukan sendiri selepas menanduk masuk gol sendiri hasil hantaran lintang dari pemain WHU pada minit ke 43.

    Separuh masa kedua bermula,WHU pada awalnya masih menguasai perlawanan sehingga minit ke 75,Liverpool berjaya mendapat gol penyamaan menerusi Joe Cole selepas lorongan cantik dari Sterling dan Cole terus membuat sepakan kaki kiri hingga menewaskan 2 pertahanan dan penjaga gol WHU.Gol itu juga merupakan gol pertama Joe Cole untuk BPL dalam masa 18bulan.Selepas gol penyamaan itu,Liverpool kembali bertenaga untuk mencari gol kemenangan dan pada minit ke 78 apabila hantaran lintang Henderson kepada Shelvey telah membuahkan hasil tetapi bukan dari jaringan Shelvey,bola terkena kaki pertahanan WHU dan melambung tinggi melepasi jangkauan penjaga gol dan bola terus masuk ke gawang tuan rumah.Sehingga tamat permainan,keputusannya Liverpool menang 2-3.

     Liverpool terasa dengan ketiadaan Suarez apabila bahagian serangan tampak longgar,tetapi percaturan memasukkan Joe Cole dan Jordan Henderson telah membuahkan hasil positif.

REINA - Bermain cemerlang,banyak menyelamatkan gawang dari di bolosi.
JOHNSON - Pemain terbaik Liverpool untuk perlawanan malam ini.
SKRTEL - Banyak selamatkan bola dari keadaan yang bahaya.
AGGER - Pertahanan yang kukuh dan sukar di tembusi pihak lawan.
ENRIQUE - Di keluarkan awal permainan,mengalami kecederaan dan di gantikan oleh Joe Cole.
LUCAS - Bermain baik dan tenang menghadapi setiap serangan.
GERRARD - Mimpi buruk buatnya kerana menjaringkan gol sendiri.Hilang keyakinan pada mulanya tetapi dapat di kawal dengan baik.
ALLEN - Di beri peluang untuk menyerang tetapi langsung tiada percubaan darinya dan kerap membuat kesilapan.Punca gol pertama pihak lawan.
DOWNING - Menggantikan tempat Enrique di bahagian pertahanan kiri.Bermain baik,overlaping yang menarik.
SHELVEY - Mengetuai bahagian serangan tetapi masih tidak mampu menggalas tanggungjawab yang selalunya di beri kepada Suarez.
STERLING - Bermain secara solo tetapi selalu kehilangan bola.Pergerakkannya mudah di baca pihak lawan.Pencetus gol kedua Liverpool.
JOE COLE - Di masukkan awal permainan.Agak kurang menyerlah pada awalnya tetapi masih bermain baik dan dapat menjaringkan gol penyamaan.
HENDERSON -Kemasukkan beliau menggantikan Lucas dan peluang yang di beri tidak di sia-siakan apabila bermain baik dan pencetus gol kemenangan.
COATES - Di masukkan sebagai pelengkap dan untuk membuang masa.Menggantikan Joe Allen.

*Pada awal permainan,lihat sahaja Liverpool pakai baju hitam,aku terus was-was dengan keupayaan.Hampir menjadi realiti was-was aku tu.Nasib last-last minit,WHU nampak seperti sudah selesa dan kepenatan.huhuhhhuhu.....menang juga akhirnya...

No comments:

Post a Comment