Pages

LFC

LFC

Sunday 30 December 2012

BPL : STOKE CITY 3-1 LIVERPOOL FC


  Maaf lambat update.Masih kecewa.Hukhukhuk.Apapun benda dah lepas.Malam perlawanan Liverpool dan Stoke sangat mengecawakan.Terutama bahagian pertahanan.Terlalu longgar sehingga mudah di bolosi 3 gol.
 
   Walaupun mendahului seawal minit ke-2 hasil jaringan penalti pertama untuk musim ini yang di jayakan oleh Gerrard tetapi selepas itu seperti hilang arah.Banyak peluang yang di sia-siakan.Memasukkan Henderson dan Joe Cole serta Sterling gaga membantu mengubah keputusan.

   Setiap hantaran kebanyakkan tidak tepat kecuali hantaran-hantaran dekat.Walaupun mendominasi keseluruhan perlawanan,apabila kena serangan balas atau di serang secara berterusan,The Reds tidak mampu bertahan lama.Banyak kesilapan-kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku.

   Seperti biasa,Liverpool mengharapkan gol dari dalam kotak penalti,jarang melakukan percubaan jarak jauh.Stoke bermain agak kasar dan betul apa yang aku post yang lepas,bermain kasar adalah salah satu faktor untuk meraih kemenangan.Lihat sahaja semasa Liverpool berjaya ke Final Liga Juara-juara Eropah pada 04/05 dan seterusnya menjadi juara,pemain waktu itu banyak bermain secara kasar dan itu di akui sendiri oleh Alex Ferguson yang waktu itu tidak percaya yang Liverpool berjaya ke final kerana kata beliau "Mereka(Liverpool) tidak layak ke final,mereka bermain kasar,bukan bermain bola sepak".
 
   Tapi lihatkan hasilnya.Harap-harap lepas ini Liverpool berjaya mencatatkan kemenangan.

No comments:

Post a Comment